Header Ads

Lee Kwang Soo 'Asia Prince' aktor terkaya Korea Tahun 2016


Lee Kwang Soo sebagai salah seorang hos dalam siaran Running Man memang sangat dikenali oleh orang Asia. Malah, dia turut mendapat julukan "Asia Prince" kerana popularitinya dan jumlah peminatnya yang sangat ramai. 

Baru-baru ini, beliau telah dinobatkan sebagai pelakon Korea terkaya apabila "The List 2016" telah mendedahkan senarai jutawan dalam industri hiburan Korea Selatan sekaligus Kwang Soo berjaya mengatasi aktor muda, Kim Soo Hyun.

Kwang Soo ketika awal-awal pembabitannya dalam iklan komersial atau sebagai duta produk, dia hanya dibayar sebanyak 800 ribu won (lebih kurang RM2,900. Namun, selepas dua 5 tahun meraih populariti menerusi Running Man menyebabkan pendapatannya meningkat 200 juta won (lebih RM700 ribu) untuk satu iklan komersial.

Di samping itu, Kwang Soo juga sentiasa menjadi rebutan produser program-program bahasa Cina, di mana dengan hanya membuat sekali saja penampilan di dalam program berbahasa Cina, dia di bayar sekurang-kurangnya antara 50 juta won hingga 100 juta won (kira-kira RM18,000 hingga RM400,000). Sementara untuk muncul di dalam iklan komersial dia menerima bayaran sebanyak 400 juta won (lebih kurang RM1.4 juta). 

Lee Kwang Soo juga menjadi model untuk kereta jenama Jepun di atas aktiviti yang lain di Asia Tenggara.
Dengan pendapatannya sebanyak itu, Kwang Soo secara automatik layak digelar Chaebol (paling kaya) di kalangan artis.





No comments

Powered by Blogger.