Header Ads

Laluan sukar buat JDT dalam AFC Champions League 2016



Juara AFC Cup 2015 iaitu pasukan JDT sekali lagi pada tahun ni, menjadi wakil tunggal Malaysia dalam kelayakan AFC Champions League tahun 2016. Selaku juara AFC Cup tahun lepas, JDT layak mendapat tempat untuk bermain di pusingan kelayakan AFC Champions League.



Tapi, nampaknya laluan sukar buat JDT tahun ni untuk layak ke pusingan seterusnya apabila JDT akan berdepan dengan pasukan kelab Thailand, Muangthong United. JDT akan bertemu dengan naib juara liga Thailand 2015 itu pada 2 Februari 2016.



Jika JDT berjaya menumbangkan pasukan kelab Thailand itu, mereka akan berdepan pula dengan pasukan kelab China, Shanghai SIPG yang masa kini dibimbing oleh bekas pengurus England, Sven-Goran Eriksson. Sekaligus menunjukkan lebih laluan sukar buat JDT yang berdepan pengendali yang bertaraf dunia pemegang lesen A.

Andai kata, anak buah Mario Gomez berjaya mengalahkan pasukan Shanghai SIPG, maka sejarah baru tercatat lagi dalam bola sepak Malaysia, JDT wakil tunggal dari Malaysia layak hingga ke peringkat kumpulan. Jika layak mereka akan diletakkan di dalam kumpulan G, bersama-sama Melbourne Victory, Gamba Osaka dan Suwon Samsung Bluewings.



Jika JDT tidak berjaya menghadapi halangan dalam AFC Champions League di peringkat kelayakan atau pun play-off, mereka layak mendapat tempat pula di AFC Cup 2016.

Gud luck for JDT!!!.




No comments

Powered by Blogger.