Header Ads

Khasiat buah kismis untuk kesihatan



Sebut saja buah kismis rata-rata sukakan buah itu kerana manis dan khasiatnya. Malah, pesan orang tua-tua tentang makanan yang harus diambil jika ingin pintar dalam pelajaran. Tapi, persoalannya benarkah kismis dapat tajamkan minda anda.

Apakah rahsia sebenarnya kismis sehingga ke hari ini mendapat tempat sejak ratusan tahun dahulu?

Kismis sebenarnya berasal dari buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau ketuhar. Sebagai contohnya beberapa jenis kismis yang popular seperti sultana, malaga, monukka dan muscat.

Akibat proses penyahidratan saiz kismis menjadi lebih kecil iaitu hanya separuh duit syiling lima sen. Dalam satu artikel dari Today diettian mengungkap kismis sebagai gula-gula asli dan semula jadi. Kenapa begitu? Kerana kismis salah satu buah kering yang paling kaya dengan nutrisi di dunia.

Malah, kismis juga bebas kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak. Ia turut menawarkan nutrisi yang diperlukan tubuh badan termasuk vitamin, mineral, zat besi, kalsium dan serat.

Berikut khasiat buah kismis untuk kesihatan :

Menajamkan minda

Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untik berfungsi dengan baik. Di samping itu, juga kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak.

Antioksida

Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Malah, antioksida dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit.








1 comment:

  1. Alhamdulillah...terima kasih perkongsian ini...kak PC suka makan kismis dik..kurma.. :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.