Header Ads

Kegunaan gel silika yang mungkin tidak tahu

Assalamualaikum, all guys...

Kali ni entri saya agak berlainan di mana, saya ingin kongsikan mengenai gel silika pasti ramai yang tahu gel yang berada dalam bungkusan kecil ini. Mesti korang tahu ianya mudah didapati dalam bungkusan barangan yang baru dibeli seperti kotak kasut, beg, barangan elektronik serta banyak lagi.



Kebiasaannya, bungkusan kecil ni mengandungi gel silika dan tertera perkataan "do not eat" ini dibuang tanpa diketahui fungsi sebenarnya. Kalau diikutkan berapa banyaknya gel silika yang telah dibuang tanpa mengambil tahu kelebihannya.

Sebenarnya gel silika ini tidak mempunyai toksin tetapi silikon dioksida yang berfungsi sebagai bahan yang menyerap kelembapan dan menjaga perkara-perkara kering.

Berikut adalah kegunaan gel silika yang mungkin anda tidak tahu :

Menyelamatkan telefon bimbit yang terjatuh/terendam dalam air

Telefon bimbit yang terjatuh ke dalam air merupakan igauan ngeri buat sesiapa sahaja. Sekiranya perkara ini terjadi, gel silika gel mampu mengelak telefon bimbit terus rosak. Caranya, letakkan telefon bimbit yang basah tadi dalam satu bungkusan plastik, kemudian masukkan beberapa bungkusan gel silika bersamanya.

Menghapuskan bau hapak pada kasut

Khusus buat mereka yang selalu ke gym. Adakalanya kasut yang disimpan di dalam beg gym anda dibiarkan selama beberapa hari setelah menyudahkan sesi work out. Ini pasti akan mendatangkan bau yang kurang enak. Letakkan dua bungkus atau lebih gel silika dalam beg gym anda dan ini akan bantu mengurangkan bau hapak kesan peluh.

Mengekalkan kilat pada barangan perhiasan

Mereka yang gemarkan barangan silver, pasti sukar untuk mengekalkan warna asalnya. Letakkan gel silika gel bekas simpanan barangan peribadi (jewellary box) ianya akan melambatkan proses pudar selain mengembalikan sinaran dan kilat pada barangan anda.

Menyimpan dokumen-dokumen penting dengan selamat 

Sama ada anda mempunyai dokumen-dokumen penting seperti sijil kelahiran, kad keselamatan sosial dan banyak lagi yang disimpan dalam fail di meja, kabinet, sampul surat atau kotak, di mana anda perlu menyimpan seberapa banyak untuk melindungi dokumen-dokumen itu. 



Sumber : wonderhowto 

Untuk pengetahuan anda, banyak fungsi yang lain lagi yang anda boleh lihat sendiri di internet, di mana gel silika banyak memberi manfaat kepada anda. Tapi perlu diingatkan, jauhi barang itu dari kanak-kanak.






No comments

Powered by Blogger.