Header Ads

JDT Sports City dan Stadium baru bakal dibina



Selepas kejayaan JDT menjuarai Liga Super 2015 dan AFC Cup 2015 seolah-olah memberi gambaran bahawa pasukan dari Malaysia itu untuk lebij maju ke hadapan lagi. Bukan itu saja, JDT juga turut mendapat tajaan dari syarikat sukan terbesar dunia iaitu Adidas dan syarikat besar Malaysia untuk menaja kelab itu musim ini.

Malah, ayah kepada Tunku Mahkota Johor(TMJ),  Sultan Ibrahim turut bersama memberi tajaan sebanyak RM50 juta kepada pasukan Johor Darul Tazim (JDT). Baru-baru ini pula, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan dana lagi bagi pembiayaan stadium baru di negeri ini.

Di samping itu, tuanku turut mengurniakan pemberian tanah kerajaan Negeri sebanyak 28 hektar untuk dijadikan Bandar Sukan JDT (JDT Sports City).  Ia akan menjadi pusat sukan di mana akan adanya tempat untuk semua jenis sukan di bawah nama JDT dan juga kemudahan lain seperti Hotel JDT, Apartment JDT dan Pusat Membeli-belah JDT.

Bagi saya, visi dan misi yang dikatakan oleh TMJ memang benar sangat kerana nampaknya JDT sudah 50 langkah ke hadapan. Tak rugi saya sebagai anak Malaysia menyokong pasukan dari selatan Semenanjung Malaysia itu.



No comments

Powered by Blogger.