Header Ads

JDT perkenalkan jersi baru musim 2016



Johor Darul Takzim (JDT) memperkenalkan jersi jenama Adidas terbaru mereka melalui iklan yang menampilkan pemain dan pemilik pasukan TMJ. Iklan yang berdurasi 3.08 saat yang boleh didapati di laman Facebook Johor Southern Tiger, official FB JDT.

Ini kali pertama jersi sesebuah pasukan dipersembahkan dalam bentuk iklan, di mana menampilkan tiga jersi termasuk untuk kejohanan Liga-liga Juara Asia (AFC). Pasukan JDT mendapat tajaan besar untuk penajaan jersi dari syarikat besar iaitu Adidas. Sebelum ini, pasukan JDT menggunakan jersi dari jenama Nike untuk 2 musim pada tahun 2014 dan 2015 manakala pada musim 2013 pasukam itu menggunakan jersi jenama Kappa.

Jersi rasmi JDT musim 2016 tajaan Adidas yang diperkenalkan itu terdiri daripada warna biru (home), merah (away) dan putih (alternate) dan dijual dengan harga RM189 sehelai pada majlis pelancaran jersi berkenaan.







No comments

Powered by Blogger.