Header Ads

Honda Wave Dash F1 2016 Di Malaysia

Boon Siew Honda telah melancarkan Honda Wave Dash F1, model terkini siri Honda Wave bagi tahun 2016 untuk pasaran tempatan. Ia merupakan generasi ke-3 Honda Wave dan merupakan pengganti kepada model tahun 2011 yang lepas iaitu Honda Wave Dash. Honda Wave Dash kini lebih berkuasa, ekonomi dan selamat selain penampilan yang lebih sporty dan menarik.

Motorsikal Honda Wave Dash F1 didatangkan dengan variasi iaitu S, R dan Repsol Versi S dilengkapi dengan brek dram di belakang dan brek cakera di hadapan sahaja. Sementara, versi R dan Edisi Repsol didatangkan dengan brek cakera di belakang dan hadapan.



Harga jualan Honda Wave Dash F1 (Januari 2016) ;

● Honda Wave Dash F1 S : RM5229 
● Honda Wave Dash F1 R : RM5549
● Honda Wave Dash F1 Repsol : RM5699

Ciri-ciri dan spesifikasi :

● enjin 110cc dan Sistem PGM-F1
● transmisi empat kelajuan 
● bateri 12V
● Muatan tangki minyak petrol ; 4.0L 


Honda Wave Dash F1 S warna putih


Honda Wave Dash F1 S warna biru


Honda Wave Dash F1 warna merah


Honda Wave Dash F1 Edisi Repsol


Rekaan lampu depan berkembar



Paparan meter serba baru 



Rekaan lampu belakang


Brake disc belakang dan penutup haba ekzos


Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut anda boleh layari laman web boonsiewhonda.







No comments

Powered by Blogger.