Header Ads

Harga minyak petrol RON 95, 97 dan diesel bulan Februari 2016



Untuk pengetahuan korang, harga minyak terkini pada bulan Februari telah jatuh mendadak leigh-lebih lagi pada petrol RON 97 dan Diesel. Penurunan itu berikutan harga minyak mentah di pasaran dunia dilihat semakin terus menjunam.

Berkuatkuasa mulai jam 12.01 pagi pada 1 Februari 2016, harga runcit bagi petrol RON 95 dijual dengan harga baharu iaitu RM1.75 seliter menyaksikan penurunan sebanyak 10 sen berbanding Januari 2016.

Manakala pula, bagi petrol RON 97 pada turun 20 sen kepada RM2.05. Sementara, harga diesel turun dengan mendadak sebanyak 25 sen kepada RM1.35.

  • RON95 : RM1.75 seliter (turun 10 sen)
  • RON97 : RM2.05 seliter (turun 20 sen)
  • DIESEL : RM1.35 seliter (turun 25 sen)

Gambar : panduanmalaysia

No comments

Powered by Blogger.