Header Ads

Gambar ubi kentang dijual dengan RM4.5 juta



Kalau dilihat betul-betul hanyalah gambar sebiji ubi, namun disebalik gambar itu nilai yang tak dijangka memang tak masuk akal langsung. Bukanlah gambar yang menarik pun.

Foto ubi kentang yang diambil oleh jurugambar selebriti Kevin Abosch dari Irish , berjaya dijual dengan harga US$1.08 juta (RM4.5juta) kepada seorang usahawan eropah, yang terlihat foto ini ketika makan di rumah Abosch.

Foto tersebut dikenali dengan nama "Potato #345".

Abosch, 46, yang kebiasaannya mengambil bayaran sekitar RM 2 juta untuk mengambil gambar potrait untuk orang-orang kenamaan, mendedahkan jualan foto ubi kentangnya itu adalah pencapaian terbaik dalam hidupnya.



Sekiranya harga penjualan gambar "Potato #345" itu berjaya disahkan, ia akan menjadi foto ke-15 yang paling mahal pernah dijual.

Buat masa ini, harga foto yang paling mahal pernah dijual adalah "Rhein II" yang diambil oleh Andreas Gursky, yang bernilai US$4.3 juta ketika dilelong pada 2011.



Sumber : CNN

2 comments:

  1. saya rasa gambar potato tu unik, cantik...blog ni cantik juga..mcm mana buat mcm ni ye? huhu

    ReplyDelete
  2. urmm...tengok mcm biasa ja...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.