Header Ads

Forest City bakal ke-4 zon bebas cukai



Tahu tak korang kalau kat negara kita ni tempat zon bebas cukai adalah di Pulau Langkawi, Labuan dan Pulau Tioman. Tapi menurut kenyataan syarikat Country Garden Pacificview Sdn Bhd bercadang menjadikan Forest City, perbandaran moden di atas pulau buatan di Iskandar Malaysia sebagai zon bebas cukai yang keempat di negara ini.

Walaubagaimanapun, inisiatif dari pengarah syarikat hendak jadikan Forest City sebagai bebas cukai masih dalam pertimbangan kerajaan. Menurutnya, fasa pertama pulau buatan itu dijangka akan siap menjelang tahun 2019 meliputi Villa, Kondominium, Galeri Jualan, hab pengangkutan, Hotel dan kawasan komersial Fishman Wharl.

Justeru itu, dengan pembinaan projek ini akan mengimbangi bahagian pantai barat selatan Johor yang masih kurang pembangunan. Selain itu, dapat memberi manfaat besar ke penduduk setempat. Malah, projek ini juga dijangka dapat mewujudkan lebih 250,000 peluang pekerjaan yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk setempat.


No comments

Powered by Blogger.