Header Ads

Filem Ola Bola bakal tandingi The Journey



Selepas kejayaan filem Journey mendapat kutipan tertinggi tahun 2014 dari arahan bangsa cina seolah-olah memberi sinaran baru bagi pengarah cina di Malaysia untuk menghasilkan filem yang dapat memecah panggung di Malaysia dan Singapura. Yang terbaru ini adalah filem Ola Bola arahan Chiu Keng Guan mengenai sukan bola sepak skuad Malaysia.

Filem Ola Bola diinspirasikan daripada kisah benar mengenai semangat juang pasukan bola sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan sekaligus muncul sebagai wira negara. Filem ini mengisahkan mengenai kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980.

Kehilangan Tauke yang mengundur diri gara-gara masalah kewangan menyukarkan skuad itu, namun segala rintangan dapat diatasi dengan kehadiran pemain 12 iaitu ribuan peminat yang tidak jemu-jemu menyokong skuad negara di stadium ketika berdepan lawan yang jauh lebih kuat ketika itu. Filem ini dijangka akan ditayangkan pada 28 Januari 2016.

Bahasa : Melayu / Mandarin / Tamil / Inggeris
Tarikh tayangan : 28 Januari 2016
Genre : Drama / sukan
Durasi : 1 jam 43 minit
Lakonan : JC Chee, Luqman Hafidz, Marianne Tan, Bront Palarae, Frankie Lee
Pengarah : Chiu Keng Guan

No comments

Powered by Blogger.