Header Ads

Filem Mat Moto raih RM3 juta hanya 4 hari



Filem Mat Moto arahan dari Pekin Ibrahim yang baru ditayangkan pada 14 Januari 2016 telah berjaya menarik penonton untuk menyaksikan filem itu di pawagam apabila mencatat kutipan melebihi RM3 juta selepas empat hari saja ditayangkan di seluruh pawagam.

Ini kali pertama arahan dari Pekin Ibrahim untuk pembikinan filem ini di samping juga dia berlakon dan penulis skrip dalam filem Mat Moto. Sebenarnya filem ini diambil kisah sebenar seorang mat moto yang bernama Al. Menurut katanya, filem ini sarat dengan pengajaran, di mana menggunakan tagline "Kami Mat Moto Bukannya Mat Rempit" supaya orang ramai tidak salah tafsir mat moto sebagai mat rempit.

Kejayaan filem ini sebenarnya dah nampak pada hari pertama lagi ditayangkan apabila berjaya mendapat kutipan sebanyak RM1.2 juta di luar jangkaan pengarah filem ini. Dengan pelakon gempak yang membintangi filem ini antaranya seperti Shaheizy Sam, Rosyam Nor, Faizal Hussein, Syamsul Yusof, Zul Huzaimy dan ramai lagi turut menyerikan lagi kejayaan filem ini.







1 comment:

Powered by Blogger.