Header Ads

Escape Theme Park Penang


Escape Theme Park Penang. Bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar Escape Theme Park Penang merupakan lokasi terbaik untuk dicuba oleh anda sekeluarga. Pelbagai aktiviti yang terdapat di Escape Park untuk dewasa mahupun kanak-kanak sesuai untuk aktiviti keluarga. Antara lokasi yang patut anda pergi bila anda bercuti di Penang yang terletak di Teluk Bahang.

Dibuka pada pertengahan 2013, taman tema dengan 17 tarikan ini membolehkan anda kembali ke zaman kanak-kanak dengan aktiviti memanjat pokok, meneroka terowong, berlumba menggunakan tiub serta “terbang” di udara dengan tarikan bernama Atan’s Leap.

Tips Elakkan dari berkunjung di hari minggu terutamanya waktu tengahari kerana anda terpaksa beratur panjang untuk bermain game-game kegemaran. Sekiranya pergi dihari minggu datang awal so anda boleh main banyak game sebelum lebih ramai tiba di tengahari. Antara aktiviti yang menjadi pilihan setiap pengunjung di sini, di mana terdapat 3 level untuk dicuba.

Waktu Operasi : 9 am – 6 pm
Hari Operasi : Selasa – Ahad
Lokasi : 828 Jalan Teluk Bahang 11050, Penang, Malaysia
Email : Info@escape.my
Contact : 04 881 1106/3106
Harga Tiket : RM 72 (dewasa)
Anda boleh membeli tiket di atas talian (online) www.escape.my





No comments

Powered by Blogger.