Header Ads

Disyaki serpihan pesawat milik MH370 di Thailand



Sekali lagi mencetuskan spekulasi disyaki bahawa serpihan pesawat bangkai kapal terbang berkemungkinan milik MH370 yang hilang hampir 2 tahun lalu telah ditemui di bahagian pantai selatan Thailand baru-baru ini menurut seorang pegawai tempatan.

Walaupun Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah mengesahkan dan mengumumkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion pada Julai tahun lalu adalah daripada pesawat Malaysia Airline (MH370) namun ada sekali lagi dakwaan penemuan di selatan Thailand pula.

Aishhh...tak kan isu ni tak selesai lagi. Dikatakan menemui kepingan besar logam melengkung terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat. Menurut lagi, ketua daerah Pak Phanang berkata penduduk kampung melaporkan penemuan itu kepada pihak berkuasa untuk mengenal pasti objek itu.

Mereka menemui serpihan berukuran kira-kira dua meter lebar dan tiga meter panjang menurut katanya. Walaubagaimanapun, tidak ada pengesahan rasmi serpihan itu milik sebuah kapal terbang.

Sumber : bharian

1 comment:

Powered by Blogger.