Header Ads

Cara mengelak ditindih ketika tidur

Assalamualaikum...kepada pembaca blogger, kali ni saya kongsikan kepada anda cara mengelak ketika ditindih ketika tidur. Faham tak apa maksud ditindih? Maksudnya anda kena gangguan syaitan ketika tidur atau pun dalam keadaan separa sedar. Selalu kebiasaannya orang yang tidur terlentang kebanyakannya kena tindih dengan makhluk Allah itu.

Ramai orang yang mengongsikan pengalaman mereka ketika ditindih semasa tidur. Ada yang katakan ternampak lembaga hitam yang tinggi dan besar, orang tua berpakaian serba putih dan yang lebih parah dengar perempuan menggilai menanggis. Seramkan kalau dengar pasal ni. Okey ar ni cara-cara mengelak ditindih ketika tidur;

1. Berwuduk sebelum masuk tidur salah satu perkara penting lagipun kan yang tu sunnah nabi.
2. Pastikan tempat tidur anda bersih dan pakaian pun bersih.
3. Sewaktu baring baca doa tidur terlebih dahulu dan lebih mustajab baca ayat kursi.
4. Jangan lupa baca surah 3 kul sebelum tidur mudah-mudahan terhindar dari gangguan syaitan.
5. Beristighfar sehingga terlelap.

Mudah-mudahan sedikit ilmu yang kongsikan sedikit sebanyak dapat membantu anda jika sering ditindih ketika tidur.







No comments

Powered by Blogger.