Header Ads

Biasiswa JPA digantung

Makin parah la pelajar yang nak sambung kursus Ijazah Sarjana Muda dan program pra universiti kali ni kerana biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah digantung selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong telah mengesahkan kenyataan itu.

Kalau macam ni susah la macam saya dan student yang lain lebih-lebih lagi pelajar yang kurang bernasib baik untuk sambung pengajian ke peringkat Ijazah apabila tahu biasiswa JPA digantung sama ada sementara atau pun selamanya. Yang tu menjadi persoalan? Lani kalau ada harapan pun nak minta MARA ja la, kalau tak, mohon je la biasiswa swasta tu pun kalau lepas.

Sedikit demi sedikit hak rakyat ditarik, kalau sebelum ni subsidi ditarik, macam-macam la kerajaan buat, lani yang terbaru biasiswa JPA pula dimansuhkan. Betoi lah lani ekonomi Malaysia makin meleset tapi jangan la tarik biasiswa tu, kan yang tu dapat membantu pendidikan negara kalau perkara yang lain tak mau pula tarik. Tepuk dada tanya minda???...

Harap-harap la pengantungan ini hanya lah bersifat sementara kerana biasiswa ni la sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan pelajar.

No comments

Powered by Blogger.