Header Ads

Berdepan fenomena El Nino penyebab peningkatan penyakit


Cuaca panas dan kering sering fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia. Bagaimanapun, ketika ini negara kita dan juga negara lain berdepan dengan fenomena El Nino kuat yang dijangka berterusan sehingga Mac tahun ni.

Fenomena ini juga dijangka boleh menyebabkan pengurangan jumlah hujan antara 20 hingga 60 peratus dan kenaikan suhu sekitar 0.5 darjah celcius hingga 2 darjah celsius berbanding biasa. 

Walaubagaimanapun, pendedahan kepada cuaca panas adalah salah satu penyebab yang menyumbangkan kepada peningkatan kedatangan kepada pesakit ke klinik menurut portal MyHealth Kementerian Kesihatan.

Kesan daripada cuaca panas akan menyebabkan berlakunya strok haba, kelesuan akibat daripada panas dan pitam atau pengsan. Lihat di bawah ini selanjutnya mengenai berdepan dengan El Nino penyebab peningkatan penyakit.

Tanda dan simpton pendedahan dari cuaca panas :

● Sakit kepala 
● Lemah otot badan atau kekejangan 
● Mual dan muntah 
● Keletihan 
● Pening 
● Strok haba boleh menyebabkan kematiam 
● dehidrasi (kekeringan)

Tips pencegahan :

● Perlu minum minuman isotonik bukannya bergas kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh 
● Perlu minum air masak dengan kuantiti yang banyak tanpa mengira masa 
● Pakai pakaian yang longgar dan ringan
● Mandi dengan kerap jika rasa terlalu hangat 
● Hadkan aktiviti di luar 
● Berehat dengan kerap 
● Jangan bersenam dalam cuaca panas 
● Jangan membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup 






No comments

Powered by Blogger.