Header Ads

Bahaya merkuri pada wajah

Baru-baru ini dikejutkan dengan isu produk Vida Beauty yang disahkan dicemari dengan bahan merkuri. Disebabkan itu, pengasas produk tersebut menarik semula dua produknya yang telah di pasarkan kat Malaysia, Brunei dan Singapura.

Yang menjadi persoalannya apa itu merkuri? Bukan ka merkuri yang ada kat thermometer tu yang selalu wat kat makmal sains. Aishh!!! Korang tau tak kalau merkuri tu terkena kat muka akan mengakibatkan muka akan gatal-gatal dan ruam.

Apa itu merkuri?


Merkuri ataupun dalam Bahasa Melayu dipanggil Raksa biasa digunakan dalam produk kosmetik krim pencerah atau pemutih untuk berikan kesan yang segara. Merkuri ini bertindak memutihkan kulit dengan menghalang atau melambatkan proses penghasilan melanin yang memberikan warna gelap pada kulit.
Melanin adalah pigmen atau warna coklat yang dihasilkan oleh sel melanocytes di kulit. Melanin ini adalah pelindung semulajadi yang dihasilkan oleh badan untuk melindungi kulit dari sinaran UV Matahari, walaubagaimanapun, penghasilan melanin yang berlebihan menyebab warna kulit menjadi gelap ataupun tidak sekata.
Selain merkuri, ada beberapa bahan lain lagi yang berbahaya ataupun beracun biasa digunakan dalam produk kosmetik untuk tujuan memutihkan kulit seperti hidrokuinon dan tretinon. Bahan-bahan pemutih beracun ini biasanya dicampurkan dalam produk kosmetik krim pemutih terutamanya krim malam (Night Cream).
Merkuri dalam krim pemutih yang digunakan berulang kali boleh terkumpul kulit dan kemudiannya menyerap ke dalam badan dan masuk ke salur darah. Merkuri mudah diserap oleh badan tetapi sukar untuk disingkirkan atau dikeluarkan.
Apa kesan buruk merkuri?
Apabila merkuri ini digunakan dalam krim pemutih, kesan sampingan awal yang boleh terjadi termasuk gatal-gatal, ruam pada kulit, hilang warna kulit (skin discoloration) dan juga parut. Terdedah kepada merkuri untuk jangka yang lama membawa kesan yang lebih buruk kepada kesihatan.
WHO memberi amaran penggunaan merkuri untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan gangguan sistem saraf. Merkuri yang tinggi dalam badan juga menyebabkan gangguan emosi, tekanan, psikosis dan mengganggu perkembangan otak janin dan juga otak kanak-kanak. 

Apa pula tanda-tanda keracunan merkuri?

Tanda-tanda keracunan raksa termasuklah ganguan emosi, letih, hilang ingatan, mudah lupa dan sakit kepala. Keracunan raksa ini juga boleh menyebabkan perubahan tingkah laku seperti cepat terasa, kurang keyakinan diri dan kurang selesa semasa bergaul. Raksa yang berlebihan dalam badan menyebabkan gangguan buah pinggang (membranous nephropathy), badan menggigil dan kekejangan otot.

Sumber : Rahman Baco, Pharmacists dan Penulis Buku 





No comments

Powered by Blogger.