Header Ads

Azam tahun 2016 untuk my blogger

Untuk pengetahuan anda, pertama kali saya mulakan menulis dalam blog ini bermula hujung bulan Disember 2013. Sebenarnya, blog yang saya buat ni saja-saja macam diari untuk diri sendiri. Tapi lama-kelamaan, semakin best buat entri tentang isu melibatkan dunia.

Cuba korang perasan entri mengenai military yang saya banyak buat penulisan pada awal-awal entri. Sebab minat bab-bab military ni. Tapi, lepas tu saya sambung masok poli pada tahun 2014, sebab tu saya tinggal blog ni begitu lama. Tak dak masa nak tulis sebab sibuk sikit awal-awal belajar.

Mula hujung bulan tahun 2015, rasanya blog yang saya perhatikan seperti HasrulHassan, BenAshaari dan banyak lagi telah memberi kesedaran bahawa saya perlu teruskan blog ini. Lagipun, saya lihat dunia blogger ni boleh mendatangkan hasil lumayan kalau benar-benar serius.

Bagi saya, tahun ni tahun 2016, saya berazam untuk menambahkan lagi jumlah entri dan memperbaiki hasil penulisan yang saya perhatikan dulu banyak ayat yang tungging-langgang. Kalau boleh sekurang-kurangnya target saya untuk menulis entri sebanyak 3000 lebih dalam masa setahun.

Malah, saya perlu rajin lagi blogwalking ke blog yang lain dan tanya pendapat kepada yang mahir dalam dunia blogger. Orang kata kalau tak bertanya sesat jalan. So pegangan tu saya pegang. Harap-harap para blogger yang lain rajin-rajin la see my blog, beri komen dan tambah kenalan dalam blog saya.






No comments

Powered by Blogger.