Header Ads

Apa itu FeedBurner?

Jika korang perasan pada bahagian bawah di ruang Sidebar blog ini, saya ada menyediakan satu borang langganan artikel percuma melalui emel, betul?

Servis ini disediakan oleh pihak Google melalui produk mereka bernama FeedBurner. FeedBurner merupakan satu sistem yang mengesan dan memproses setiap kemaskini terbaru pada blogger atau WordPress kita.



Bagaimana FeedBurner berfungsi?

Setiap blog mempunyai ringkasan yang dipanggil sebagai RSS (Rich Site Summary). Contohnya, apabila kita menambah ‘/feed/‘ di hujung URL blog kita, kita akan dapat melihat RSS blog kita.

RSS seperti ini sukar difahami oleh kebanyakan blogger kerana ia memerlukan kefahaman teknikal yang tinggi. Namun begitu, sistem seperti FeedBurner boleh memahaminya dengan mudah dan menukarnya dalam bentuk yang lebih kemas.

Setiap kemaskini artikel terbaru di blog kita akan ditukar kepada bentuk RSS terlebih dahulu. Kemudian, sistem FeedBurner mengesan dan membaca kod RSS blog kita ini dan menukarnya dalam bentuk yang lebih kemas dan mudah difahami.



Apakah ciri menarik yang ada pada Feedburner?

Antara ciri menarik Feedburner adalah :

● Boleh menghantar emel secara percuma kepada semua pembaca blog yang melanggan kemaskini melalui emel.

● Fungsi analytics dalam bentuk graf untuk melihat jumlah subscriber dalam tempoh masa tertentu.

● Menghantar pos automatik ke akaun media sosial apabila terdapat kemaskini terbaru di blog kita.

So, lani korang dah faham kan apa yang dimaksudkan FeedBurner yang terdapat pada Google. Lepas ni korang boleh la cuba untuk menggunakannya.








1 comment:

Powered by Blogger.